Rabu, 23 Disember 2009

Penilaian 10% Markah Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010 Bagi Calon SPM, STPM dan STAM

Penilaian pemarkahan 10% markah kokurikilum bagi calon-calon SPM, STPM dan STAM adalah seperti di bawah.

SURAT SIARAN

Tel : 03-88849302
Fax : 03-88849354-
Laman-web : http://www.emoe.gov.my
KP/(BSSK-KOKU)305/12. Jld 3( )
01 Disember 2009
14 Zulkaedah 1430H
Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
YBhg Dato’ / Datuk / Tuan,
PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE
IPTA SESI 2010 BAGI CALON-CALON SPM, STPM DAN STAM
Dengan hormatnya Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006
berhubung dengan perkara tersebut adalah dirujuk.
2. Sukacita dimakluman bahawa, mulai tahun 2008, Bahagian Sukan, Seni dan
Kokurikulum (BSSK) telah diberi tanggungjawab untuk merumuskan kaedah
permarkahan kokurikulum bagi calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) yang memohon untuk menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA). Keputusan markah yang disediakan oleh pihak sekolah hendaklah
dihantar terus secara talian terus/on line mulai 10 Disember 2009 ke Bahagian
Pengurusan Maklumat (BPM), KPM. Justeru, pihak sekolah diberi tanggungjawab
penuh untuk mengira dan menentukan markah kokurikulum calon-calon tersebut sama
ada dari segi keesahan dan kebolehpercayaannya.
3. Sehubungan dengan itu, seperti tahun-tahun sebelumnya KPM dengan
kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
telah/akan mengadakan sesi penerangan semula di semua peringkat melibatkan
Pengurusan Tertinggi KPM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM),
Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat
Pelajaran Daerah dan Wakil-wakil Kesatuan Guru.
4. Oleh itu, kerjasama dan jasa baik YBhg Dato’ /Datuk/Tuan untuk
menyampaikan maklumat ini kepada semua Pengetua dan Penolong Kanan
Kokurikulum Sekolah-Sekolah Menengah di negeri masing-masing. Pihak sekolah
diminta supaya mengambil kira perkara-perkara berikut:
4.1 Markah hendaklah disedia dan dihantar sebelum 15 Januari 2010.
4.2 Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2010 jumlah markah yang
dikira adalah himpunan markah (CGPA) bagi lima tahun (2005, 2006,
2007, 2008 dan 2009 ).
SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
4.3 Salinan cetakan markah calon SPM, STPM dan STAM hendaklah
dihantar ke JPN melalui Pejabat Pelajaran Daerah untuk tujuan
pemantauan dan semakan. Senarai ringkas markah bagi setiap sekolah
perlu dihantar bersama.( rujuk Borang Markah seperti Lampiran 1).
4.4 Pihak sekolah diminta menyediakan Sijil Pencapaian Kokurikulum
kepada setiap calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM bagi
memudahkan mereka menunjukkan bukti pencapaian.
4.5 Penilaian adalah berdasarkan “Buku Panduan Penilaian Kokurikulum
Sekolah Menengah - Edisi 2007” yang disediakan oleh KPM (semua
sekolah diwajibkan menggunakan sistem penilaian ini dan perubahan
berdasarkan surat-surat makluman)
4.6 Bersama-sama ini disertakan juga beberapa keputusan berkaitan
perkara berbangkit yang diterima oleh pengurusan sekolah bagi
penilaian yang dibuat tahun 2009 (rujuk Lampiran 2).
4.7 Semua bantahan oleh calon hendaklah diselesaikan di peringkat
sekolah dan sebarang perubahan markah hanya boleh dilakukan oleh
Pengetua Sekolah dan diajukan terus ke Bahagian Sukan, Seni dan
Kokurikulum (up: Unit Kokurikulum) dan sesalinan ke JPN (up: Unit
Kokurikulum).
5. Semua pentadbir sekolah adalah diingatkan bahawa, cara dan kaedah
menentukan keesahan dan kebolehpercayaan markah kokurikulum calon SPM, STPM
dan STAM adalah tanggungjawab pihak sekolah kerana KPM menetapkan “Sistem
Penilaian Kokurikulum di Sekolah Menengah” adalah ”Penilaian Berasaskan
Sekolah”.
Sokongan dan kerjasama YBhg Dato’/ Datuk / Tuan adalah amat dihargai serta
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
DATO’ HAJAH NOOR REZAN BT. BAPOO HASHIM
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k.
1. Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Pelajaran
2. Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
3. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
4. Pengarah-Pengarah Bahagian
MRM/mrm.surat 10% 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan