Selasa, 1 September 2009

SUMBANGAN TABUNG PEMBINAAN ASRAMA AISYAH

LATAR BELAKANG SEKOLAH
Maahad Rahmaniah Kuala Krai ialah sebuah Sekolah Menengah Agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan ( YIK), terletak di Kilometer 5, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang . Ia telah diasaskan pada tahun 1958 oleh Allahyarham Tuan Haji Qasim bin Haji Ahmad dengan bantuan masyarakat setempat di tapak asalnya di Guchil 3, Kuala Krai. Di awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai sekolah agama rakyat dengan lebih kurang 100 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar.Dalam keadaan sebegitu, sekolah ini terus berbakti dengan hasrat untuk melahirkan generasi berilmu dan berakhlak sebagai misi dan visi utamanya meskipun terpaksa berdepan dengan berbagai mehnah dan keterhadan.

Melalui masa, perubahan demi perubahan telah dialami oleh sekolah ini. Pada tahun 1974 sekolah ini telah dijadikan sekolah bantuan kerajan di bawah pentadbiran sekolah-sekolah Agama Kelantan. Kemuncak dari itu pada bulan Januari 1986 Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil alih sekolah ini dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan di tapak yang ada sekarang. Sehingga kini sekolah ini mempunyai 912 orang pelajar dan 59 orang guru.

CADANGAN PEMBINAAN BANGUNANASRAMA
Bangunan asrama sekolah ini pertama kalinya dibina pada tahun 1986 bagi menyediakan tempat tinggal bagi pelajar-pelajar di sekitar Kuala Krai. Melalui masa, Maahad Rahmaniah Kuala Krai juga menerima banyak permohonan dari pelajar-pelajar dari luar kawasan Kuala Krai seperti dari daerah Machang, Gua Musang, Bandar Chiku, Sungai Asap dan lain-lainnya. Sehingga kini asrama lama hnya mampu menempatkan seramai 160 orang pelajar. Kekurangan tempat tinggal dan prasarana yang tidak selesa merupakan kekangan utama terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah ini. Oleh itu, pihak sekolah dan PIBG telah bersetuju untuk membina sebuah blok bangunan baru tiga tingkat untuk mengatasi masalah tersebut. Sehubungan itu, sumbangan dan sokongan padu daripada para dermawan adalah amat di alu-alukan.

TABUNG PEMBINAAN ASRAMA AISYAH
MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI, KELANTAN

OBJEKTIF
Mengumpul dana untuk tujuan pembinaan Asrama Siti Aisyah
Menyediakan tempat tinggal yang lebih selasa bagi pelajar-pelajar Maahad Rahmaniah
Menggantikan bangunan asrama lama ( lebih 20 tahun ) yang sudah tidak selesa untuk dijadikan tempat penginapan

Menyediakan tempat tinggal bagi pelajar pelajar
dari luar jajahan seperti Gua Musang dan Machang.
Melahirkan generasi berilmu dan berakhlak
Memberi peluang kepada masyarakat mengambil
bahagian dalam kerja kebajikan dan amal jariah bagi
mempertingkatkan institusi pendidikan Islam.

JUALAN LOT WAKAF

Rancangan jangka pendek pihak sekolah dan PIBG ialah untuk mengumpul dana berjumlah RM 1, 500, 000.00 ( RM 1.5 juta ) bagi membina dan menyiapkan sebuah blok bangunan 3 tingkat asrama sekolah ini. Jawatankuasa pembangunan asrama sekolah ini telah mengambil kaedah penjualan lot wakaf bangunan kepada orang ramai mengikut kiraan satu kaki persegi bagi satu lot. Sebanyak 32,500 lot akan dijual dengan harga RM 60.00. ( Enam Puluh Ringgit ) bagi setiap lot. Walau bagaimanapun , para penderma boleh mewakafkan sekurang-kurangnya ¼ lot ( RM 15.00.)

Sumbangan Dato’/ Datin/Tuan/Puan boleh disalurkan terus ke akaun berikut:-

No. Akaun Bank

: - 03072010003317 (BIMB- Kuala Krai )

Atas nama

Tabung Pembinaan Asrama Maahad Rahmaniah Kuala Krai

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi:-

Pejabat sekolah 09- 9602112 No. Fax 09- 9602111
Bil Nama Jawatan Telefon
1 Tn. Hj. Zulkifli Yaacob YDP PIBG 0199098787
2. Tn. Hj.Ahmad Pakruddin Deraman Pengetua 0199636860
3. En. Anuar Rashid PK 1 0199373578
4. En. Zakaria Yusoff PK HEM 0199120818
5. En. Mohd. Norizham Noordin S/Usaha 0179343248
6. En. Abdul Razak Jusoh Bendahari 0139294018
7. Tn. Hj. Azhar Hj. Ilias AJK 0139221985
8. YM. Raja Suhaimi Raja Jaafar AJK 0145069142

Tiada ulasan:

Catat Ulasan